rss

Tuesday, April 20, 2010

Kain Korean Silk and Chiffon Cotton

Kain, kain, kain. Mari, mari, mari tengok ini kain. Murahhhhhhhhhhh!!!! 1st batch kain kali ini terdiri daripada Korean silk dan chiffon cotton. Kain adalah daripada material yang washable, tidak mudah pecah dan senang untuk dipakai selalu seperti untuk ke pejabat, mengajar di sekolah dan boleh juga dipakai untuk menghadiri kenduri-kendara.

Untuk makluman para pembeli, saya turut menjual kain potong di dalam blog tudung saya. Pada ketika ini, saya gabungkan sahaja kain dan tudung di dalam satu blog, easy to maintain. Insyaallah jika sambutan menggalakkan, saya akan membuka blog lain untuk menjual kain-kain potong sahaja.

Kain-kain ini boleh dibuat baju kurung atau kebaya. Jubah pun boleh. Harga adalah sangat berpatutan. Tunggu apa lagi? Jom tengok!!!


Panjang kain : 4 meter
Harga : RM40


Material : Korean Silk (Cantik dibuat kebaya)
Code : KKS1001
Status : Available


Material : Korean Silk (Must have collection!!! So nice!!!)
Code : KKS1002
Status : Available


Material : Korean Silk (Soft green)
Code : KKS1003
Status : Available


Material : Chiffon Cotton (Suits for kebaya)
Code : KCC1001
Status : Sold


Material : Chiffon Cotton (Cantik dibuat baju kurung Pahang)
Code : KCC1002
Status : Sold


Material : Chiffon Cotton (This design is so unique!!!)
Code : KCC1003
Status : Sold
Note : Warna sebenar adalah biru kehijauan.

Sunday, April 18, 2010

Lycra Corak Abstrak Pelangi / Floral / Geometri Baru !!!

Hello Shoppers!!!!

Assalamualaikum ladies. Untuk jualan tudung batch saya yang pertama, ia terdiri daripada Hasanah Collection dan An Nur Collection. Sememangnya tudung-tudung ini selesa, cantik, jahitan kemas dan nampak terletak semasa dipakai.

Tudung lycra corak, memang cantik dan hangat di pasaran sekarang. Tudung corak abstrak pelangi atau saya suka menggelarkannya sebagai "paddle-pop" kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jika tudung pelangi berwarna ungu dan biru, ia boleh dipadankan dengan baju yang berwarna ungu mahupun biru tidak kira sama ada baju itu plain atau bercorak. Tudung corak floral dan geometri still hot, hot, hottest in town!!!!

Come on ladies!!! Grab these now while stocks last!!!

Saiz : M dan menutupi dada.
Material body tudung : Full lycra. Sejuk dan selesa dipakai.

Material awning : 100% Thai silk. Awning yang cantik dan tidak mudah patah.
PRICE : RM36 ONLY


Code : LCOR1001
Status : Sold


Code : LCOR1002
Status : Available


Code : LCOR1003
Status : Sold


Code : LCOR1004
Status : Sold


Code : LCOR1005
Status : Sold


Code : LCOR1006
Status : Sold


Code : LCOR1007
Status : Sold


Code : LCOR1008
Status : Available


Code : LCOR1009
Status : Available


Code : LCOR1010
Status : Available

Tips Membasuh Tudung Instant

1. Hanya cucian tangan sahaja.
2. Jangan sesekali memberus awning atau body tudung. Ini akan menyebabkan material tudung awning/body berbulu.
3. Basuh dengan merendam tudung untuk beberapa minit. Rendaman sekejap ini penting untuk menghilangkan bau/peluh/kotoran yang melekat pada tudung. Gosok-gosok dengan tangan sahaja secara perlahan-lahan. Anda boleh menggunakan sabun pencuci pakaian sama ada dalam bentuk cecair/serbuk/buku.
4. Setelah dibasuh, adalah lebih baik tudung dibilas dan direndam sebentar dengan softener. Kaedah ini untuk memastikan tudung sentiasa lembut sebelum digosok dan dipakai.
5. Awning tudung jangan sesekali diperah. Body tudung boleh diperah dengan lembut.
6. Jemur tudung di ampaian. Elakkan tempat yang panas terik. Material tudung adalah daripada jenis material yang ringan dan cepat kering.
7. Adalah lebih mudah menjemur tudung dengan menggunakan penyangkut baju. Jangan sesekali menyepit awning tudung dengan penyepit baju.

Friday, March 19, 2010

Kenapa semakin ramai wanita memilih untuk membeli tudung secara online?

1. Kini kemudahan internet ada di mana-mana. Pejabat, rumah, kedai makan, kedai kopi dan sebagainya.
2. Jimat masa, kos dan tenaga. Tidak perlu bawa kereta ke pusat membeli-belah, sibuk mencari parking mahu pun bayar parking. Petrol dan tol pun jimat. Anda juga tidak perlu untuk menaiki pengangkutan awam untuk ke kedai-kedai yang adakalanya terletak di lokasi yang sangat sibuk.
3. Tidak perlu keluar rumah terutamanya pada waktu cuaca panas, berjerebu dan hujan lebat.
4. Tidak perlu mengheret anak kecil yang memang tidak gemar menemani ibu mereka membeli-belah. Kebanyakan para suami juga kurang gemar menemani golongan wanita membeli-belah dalam jangka masa yang agak panjang. Golongan perempuan agak cerewet ketika membeli-belah termasuk diri saya sendiri.
5. Boleh membeli pada bila-bila masa sama ada awal pagi, tengahari, petang mahu pun tengah malam. Tiada masa yang terhad. Membeli belah secara online bukan sahaja boleh dilakukan pada hari minggu tetapi juga hari bekerja.
6. Jika bijak memilih, harga yang ditawarkan oleh online shop lebih murah kerana mereka tidak mengenakan kos sewa kedai dan gaji pekerja.
7. Kos penghantaran yang dikenakan adalah sangat berbaloi dan tidak membebankan pembeli.
8. Barang-barang yang dijual berkualiti dan berkeadaan baik di samping pilihan yang banyak. Anda pasti rambang mata.
9. Kini hampir semua pengguna internet mempunyai dan tahu menggunakan kemudahan internet banking.

Saya kini telah menetap di Miri, Sarawak hampir setahun lebih sejak November 2008. Sepanjang saya tinggal di sini, saya amat sukar untuk membeli tudung. Kedai-kedai tudung di sini khususnya tidak menawarkan kepelbagaian fesyen tudung dan mereka meletakkan harga yang agak tinggi pada koleksi tudung mereka. Ini menyebabkan kesukaran kepada penggemar tudung untuk memiliki tudung dengan fesyen yang terkini pada harga yang mampu beli. Saya sendiri sering membeli tudung secara online sebelum ini dan hanya akan membeli tudung sewaktu saya pulang ke Kuala Lumpur. Dengan adanya penjualan tudung secara online ini, anda dapat menikmati kepelbagaian fesyen tudung dengan kualiti dan harga yang berpatutan.

Tunggu apa lagi? Feel free to visit my blog and choose which ever you want! The choice is yours!!!

Salam Everyone

Hi and Assalamualaikum to everyone. After living in Miri, Sarawak for more than 1 year, I have decided to open this virtual tudung shop. Thank you for visiting my new tudung online shop. As this is my first time of doing online business, appreciate for any comments, feedback and advice in order to improve the business management. Please give me a full support and encouragement in executing this online business. May Allah bless me. Insyaallah.