rss

Sunday, April 18, 2010

Tips Membasuh Tudung Instant

1. Hanya cucian tangan sahaja.
2. Jangan sesekali memberus awning atau body tudung. Ini akan menyebabkan material tudung awning/body berbulu.
3. Basuh dengan merendam tudung untuk beberapa minit. Rendaman sekejap ini penting untuk menghilangkan bau/peluh/kotoran yang melekat pada tudung. Gosok-gosok dengan tangan sahaja secara perlahan-lahan. Anda boleh menggunakan sabun pencuci pakaian sama ada dalam bentuk cecair/serbuk/buku.
4. Setelah dibasuh, adalah lebih baik tudung dibilas dan direndam sebentar dengan softener. Kaedah ini untuk memastikan tudung sentiasa lembut sebelum digosok dan dipakai.
5. Awning tudung jangan sesekali diperah. Body tudung boleh diperah dengan lembut.
6. Jemur tudung di ampaian. Elakkan tempat yang panas terik. Material tudung adalah daripada jenis material yang ringan dan cepat kering.
7. Adalah lebih mudah menjemur tudung dengan menggunakan penyangkut baju. Jangan sesekali menyepit awning tudung dengan penyepit baju.

0 comments: