rss

Friday, March 19, 2010

Kenapa semakin ramai wanita memilih untuk membeli tudung secara online?

1. Kini kemudahan internet ada di mana-mana. Pejabat, rumah, kedai makan, kedai kopi dan sebagainya.
2. Jimat masa, kos dan tenaga. Tidak perlu bawa kereta ke pusat membeli-belah, sibuk mencari parking mahu pun bayar parking. Petrol dan tol pun jimat. Anda juga tidak perlu untuk menaiki pengangkutan awam untuk ke kedai-kedai yang adakalanya terletak di lokasi yang sangat sibuk.
3. Tidak perlu keluar rumah terutamanya pada waktu cuaca panas, berjerebu dan hujan lebat.
4. Tidak perlu mengheret anak kecil yang memang tidak gemar menemani ibu mereka membeli-belah. Kebanyakan para suami juga kurang gemar menemani golongan wanita membeli-belah dalam jangka masa yang agak panjang. Golongan perempuan agak cerewet ketika membeli-belah termasuk diri saya sendiri.
5. Boleh membeli pada bila-bila masa sama ada awal pagi, tengahari, petang mahu pun tengah malam. Tiada masa yang terhad. Membeli belah secara online bukan sahaja boleh dilakukan pada hari minggu tetapi juga hari bekerja.
6. Jika bijak memilih, harga yang ditawarkan oleh online shop lebih murah kerana mereka tidak mengenakan kos sewa kedai dan gaji pekerja.
7. Kos penghantaran yang dikenakan adalah sangat berbaloi dan tidak membebankan pembeli.
8. Barang-barang yang dijual berkualiti dan berkeadaan baik di samping pilihan yang banyak. Anda pasti rambang mata.
9. Kini hampir semua pengguna internet mempunyai dan tahu menggunakan kemudahan internet banking.

Saya kini telah menetap di Miri, Sarawak hampir setahun lebih sejak November 2008. Sepanjang saya tinggal di sini, saya amat sukar untuk membeli tudung. Kedai-kedai tudung di sini khususnya tidak menawarkan kepelbagaian fesyen tudung dan mereka meletakkan harga yang agak tinggi pada koleksi tudung mereka. Ini menyebabkan kesukaran kepada penggemar tudung untuk memiliki tudung dengan fesyen yang terkini pada harga yang mampu beli. Saya sendiri sering membeli tudung secara online sebelum ini dan hanya akan membeli tudung sewaktu saya pulang ke Kuala Lumpur. Dengan adanya penjualan tudung secara online ini, anda dapat menikmati kepelbagaian fesyen tudung dengan kualiti dan harga yang berpatutan.

Tunggu apa lagi? Feel free to visit my blog and choose which ever you want! The choice is yours!!!

Salam Everyone

Hi and Assalamualaikum to everyone. After living in Miri, Sarawak for more than 1 year, I have decided to open this virtual tudung shop. Thank you for visiting my new tudung online shop. As this is my first time of doing online business, appreciate for any comments, feedback and advice in order to improve the business management. Please give me a full support and encouragement in executing this online business. May Allah bless me. Insyaallah.